Datuk Seri Khalid Bin Mohamad atau mesra disapa dengan panggilan Datuk K mempunyai seorang anak lelaki yang dikatakan sangat nakal iaitu Ashraf Khalid. Anaknya tersebut juga dikatakan tidak mempunyai keyakinan diri untuk berjaya seperti rakan-rakannya di luar sana. Namun, semua itu telah berubah selepas Ashraf Khalid menyertai kelas Titanium RichWorks milik Datuk Azizan Osman.

Pada Mulanya, Ashraf Khalid Hanya Ingin Membuktikan Bahawa Beliau Juga Mampu Untuk Berjaya

Selama menyertai kelas Titanium RichWorks, beliau telah diberi tunjuk ajar oleh Datuk Azizan Osman. Dalam kelas tersebut, beliau telah diberi tunjuk ajar oleh Datuk Azizan Osman mengenai ilmu perniagaan yang telah mengubah hidupnya selepas 3 tahun memiliki sebuah perusahaan yang diberi nama Mutyara. Pada mulanya, beliau menyertai kelas Titanium RichWorks tersebut untuk mendapatkan ilmu perniagaan bagi membuktikan beliau juga mampu untuk berjaya kepada bapanya.

Memulakan Perusahaan Miliknya Dengan Bantuan Mentornya

Ashraf Khalid menguruskan perusahaan miliknya bersama isterinya, Tya Arifin. Beliau mengatakan bahawa kejayaannya adalah berkat bantuan daripada mentornya iaitu, Datuk Azizan Osman. Beliau mengatakan bahawa mentornya tersebut bukan sahaja mengajarkan tentang ilmu perniagaan, malahan turut berkongsi untuk mengingati Allah SWT.

Seperti yang kita ketahui, Datuk Azizan sememangnya suka mengingati anak didiknya mengenai ilmu perniagaan, membantu dalam kepimpinan dan hubungan sesama masyarakat serta mendekatkan diri dengan agama. Sebab itulah, ianya turut memberi kesan kepada sahsiah diri Ashraf Khalid ke arah yang lebih baik.

Para titan Richworks juga telah diajar untuk sentiasa merendah diri, terapkan nilai murni dalam kehidupan. Walaupun kebanyakan usahawan Titan Richworks sudah mencapai kejayaan pada tahap jualan jutaan ringgit, masing-masing tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul yang mereka lakukan,” kongsi Asyraf Khalid berkaitan titan Richworks dan kejayaan Circle Usahawannya.

Pencapaian Ashraf Khalid Amat Dibanggakan Oleh Datuk K

Selepas berjaya dengan perniagaannya dalam masa yang singkat, Datuk K berasa amat bangga dengan pencapaian anaknya tersebut. Mana tidaknya, cuba bayangkan jarang usahawan yang mampu berjaya dalam masa 3 tahun. Ingat ya, 3 tahun merupakan waktu yang sangat singkat bagi mana-mana usahawan untuk mencapai kejayaan bergelar jutawan berjaya.

Oleh sebab itu, beliau telah mengucapkan terima kasih kepada mentor anaknya tersebut dan telah mengundang bersama dalam majlis makan malam pada majlis hari jadi Datuk K sendiri. Wah, sangat beruntung Datuk Azizan Osman pada malam tersebut!

Di sini kami kongsikan kepada anda mengenai video Datuk K mengucapkan ucapan terima kasih dan memberikan penghargaan kepada mentor anaknya tersebut.

Dan ini pula antara kata-kata Ashraf Khalid dalam instagram miliknya.

“Membuat beliau bangga dengan saya merupakan ‘big why’ selama ini.”

“Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik,”

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”

“Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini,” jelasnya.

Walaupun perubahan ini adalah baik, Asyraf Khalid menjelaskan bahawa beliau memahami perjalanannya masih jauh. Namun inilah kesyukuran yang besar kerana bapanya meluahkan rasa bangga terhadapnya untuk pertama kalinya di hadapan mentornya sendiri.

Datuk K Juga Kagum Dan Cemburu Dengan Kebolehan Mentor Anaknya itu

Pada majlis makan malam tersebut juga, Datuk K telah mengeluarkan satu kenyataan yang beliau amat kagum dan cemburu dengan kebolehan mentor anaknya tersebut. Ianya adalah kerana mentor anaknya tersebut, Datuk Azizan Osman telah berjaya melahirkan ramai usahawan yang berjaya.

Di sini kami kongsikan video tersebut kepada anda.

embed code 2

Ini antara ucapan kata-kata Datuk K dalam video tersebut.

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,”.

Untuk Berjaya Sememangnya Memerlukan Mentor Yang Hebat

Bila difikir-fikir, sememang betul untuk mencapai kejayaan perlu mempunyai mentor. Mentor ini umpama guru-guru yang membimbing kita mengenali ilmu kira-kira, mengenali huruf ABC dan Alif Ba Ta. Sangat beruntung jika mempunyai mentor yang membimbing kita di dunia dan juga di akhirat.

Bagi Asyraf Khalid, mentor terbaik adalah mentor yang mengajarkan bukan sekadar ilmu duniawi, tetapi juga mengingati akhirat. Azizan Osman dikatakan mentor terbaik buat dirinya kerana membimbingnya.

Beliau berkata,

“Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi.

“Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan,” ujarnya.

Kesimpulannya, mentor yang terbaik seperti Azizan Osman perlu dicontohi oleh semua usahawan yang ingin berjaya. Beliau bukan saja lahirkan jutawan, tapi berjaya ubah sikap ahli Titanium Richworks kearah yang lebih baik. Bagi anda yang nak berjaya seperti Asyraf Khalid, bolehlah menyertai kelas Titanium Richworks sekarang!