This post is actually my comment posted in http://amanz.my/2011/04/linux-varsiti-tamat/
Actually I suppose to publish the article regarding DMCA. But I had decided to postpone it to the next post and publish this comment that I have posted, since I had spent so much time on writing this long comment.
This post is written in Bahasa Melayu, as it is a response to a blog which is written in Bahasa Melayu.
To those who involved in LinuxVarsiti project, if this post/comment had offended you, I am sorry. I am just voicing out what I see as well as my opinion only.
Now, here is the comment I have posted:
Salah satu sebab utama, adalah pihak pengurusan LinuxVarsiti, membenarkan pihak Universiti-universiti membuli para sukarelawan LinuxVarsiti.
Lagipun, cara pihak pengurusan program ini seakan-akan merayu kepada Universiti-universiti untuk memberi peluang kepada sekumpulan remaja untuk menjalankan event sahaja.
Pihak LinuxVarsiti tidak pernah meminta apa-apa sumber untuk manjalankan seminar, malah, duit sendiri yang dikeluarkan untuk memberi ilmu kepada pelajar-pelajar universiti. Perbuatan yang mulia ini memang patut dihargai, tetapi, pihak universiti-iniversiti tidak berfikir demikian. Mereka menaganggap aktiviti LinuxVarsiti ini adalah sesuatu yang bukan penting sangat, disebabkan pihak LinuxVarsiti terpaksa keluarkan duit sendiri untuk menjayakan aktiviti tersebut.
No Offence. Sebagai salah seorang penceramah LinuxVarsiti sebanyak dua kali, saya telah mengalami pengalaman yang amat perit.
Sebab?
Sebab para penceramah dipandang rendah oleh pihak universiti-universiti.
Pihak universiti-universiti hanya menganggap penceramah-penceramah ini sebagai buruh percuma sahaja.
Yang paling saya tidak suka, adalah penceramah-penceramah disuruh untuk memberi ceramah mengikut apa yang pihak universiti nak sahaja, padahal, penceramah-penceramah ini adalah sukarelawan…
Para penceramah diminta untuk membuat lebih banyak demo daripada memberi ucapan yang sepatutnya.
Kalau para penceramah dibayar, saya masih boleh faham. Tetapi para penceramah ini adalah sukarelawan, mana boleh suruh mereka ini tukar cara memberi ceramah hanya disebabkan pihak universiti suka sahaja?
Kepada penceramah-penceramah yang lebih biasa memberi ceramah dalam English, mana boleh memaksa penceramah-penceramah ini untuk memberi ceramah dalam Bahasa Melayu sahaja? Kalau hanya Bahasa Melayu yang boleh diterima sahaja, para penceramah patut diberitahu awal-awal supaya penceramah berkenaan boleh menarik diri. Bemberi ceramah dalam bahasa yang tidak fasih oleh seseorang penceramah, memang akan menjejaskan ceramah tersebut dengan teruk.
Kalau pihak pengurusan LinuxVarsiti lebih tegas sikit dan tolak permintaan-permintaan pihak universiti yang tidak munasabah, sekurang-kurangnya pihak LinuxVarsiti dan para penceramah akan lebih dihormati.
Kalau pihak LinuxVarsiti hanya menurut apa yang pihak universiti minta sahaja, ini hanya menyebabkan pihak LinuxVarsiti dan para penceramah tidak bermaruah.
Saya amat terkejut tang pihak LinuxVarsiti meminta para penceramah untuk menurut sahaja apa yang diminta oleh pihak universiti. Sepatutnya, para penceramah patut dihormati, bukanya menganggap mereka sebagai perkerja.
Apa yang saya tulis di atas, hanyalah sebahagian daripada apa yang saya tidak puas hati sahaja.
Sebenarnye, masih ada banyak sebab yang menyebabkan project LinuxVarsiti ini gagal.
Pada pandangan saya, tour selatan yang kali kedua tidak dapat sambutan daripada penceramah-penceramah adalah disebabkan perkara-perkara yang telah saya sebut tadi, termasuklah kelemahan-kelemahan lain yang saya tidak sebut.
Konsep LinuxVarsiti sebenarnya adalah sesuata yang amat baik. Disebabkan cara pengurusan yang bermasalah, ia telah menyebabkan kurang sokongan daripada pihak universit-universiti dan para penceramah.
To my friend, Wan, the founder of LinuxVarsiti.
If you are reading this, no offense, I am just voicing out what I see and what I think only.
The program concept itself is very good, but it is the way of managing it causing lack of support from various parties, including me.