IMG_6737

Seperti apa yang saya buat pada setiap Hari Kemerdekaan yang sebelum ini(walaupun dah berhenti sejak 2010), saya akan tulis artikel mengenai pandangan saya terhadap Hari Kemerdekaan Malaysia tahun ini.

Anda mungkin tanya, kenapa blog yang sebelum ini hanya tulis dalam Bahasa Ingeris, sekarang tulis artikel ni dalam Bahasa Malaysia?
Hari ini Hari Kebangsaan Malaysia, tentulah aku cuba nak lagak patriotik sikit, guna bahasa kebangsaan dalam artikel ini!

Walaupun hari ini, bukanlan hari kemerdekaan Malaysia secara keseluruhan(Sabah dan Sarawak hanya masuk sebagai negeri Malaysia pada 16 September 1963). Tetapi hari ini adalah hari yang Malaya mencapai kemerdekaan daripada jajahan British. Segala-gala sejarah negara kita mulai dari hari ini, sehinggalah Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Malaya untuk menubuhkan negara Malaysia yang kita ada pada hari ini, walaupun kini Singapura telah disingkir daripada Malaysia dan telah menyambut hari kebangsaan mereka sendiri yang ke-50 pada 9 Ogos yang lalu.

Saya tidak akan komen tentang apa yang telah berlaku sejak beberapa hari yang lalu, Disebabkan ia adalah pekara yang amat sensitif.

Walaubagaimanapun, saya berharap negara kita akan terus maju, seperti apa yang telah dijanji dan diusahakan oleh bekas-bekas perdana menteri kita.

Saya juga berharap yang nilai ringgit kita tidak akan jatuh lagi, kerana ini akan secara langsung memudaratkan ekonomi negara kita.
Bukan sahaja ekonomi negara, malah para warga Malaysia yang nak melancong ke luar negara pun akan menhadapi masalah yang besar, sebab ringgit tidak diterima oleh pengurup wang di merata dunia!

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Merdeka” kepada setiap warga Malaysia, dan semoga harapan setiap warga Malaysia akan dicapai!